Pembahagian pekerjaan Orang_India_Malaysia

Persatuan India Muar di Johor.

Pembahagian etnik lebih kurang mengikuti pengkhususan pekerjaan. Umpamanya ketika zaman kolonial British, kebanyakan orang Tamil India bekerja sebagai buruh ladang, terutamanya di ladang getah, walaupun sebahagian kecil juga bertugas di jabatan-jabatan perkhidmatan awam. Kebanyakan orang Telegu juga bekerja sebagai buruh ladang, sedangkan komuniti Malayalee pula dibahagikan kepada mereka yang bertugas sebagai pekerja pentadbir di ladang-ladang serta sebagai pekerja kolar putih pentadbiran di bandar. Kaum Tamil Ceylon pula dibawa bertugas dalam kerajaan kebanyakannya pada taraf kerani dan keatas. Kerjaya setiap kaum dari India dan Ceylon (Sri Lanka) telahpun dipra-tentu oleh Kerajaan British yang menjajah Malaya ketika dahulu. Maka, keperluan pelbagai tenaga kerja akan diperolehi dari suku kaum yang sudahpun dipratentukan.

Orang India Utara, kecuali orang Sikh, terdiri terutamanya daripada pedagang dan peniaga. Umpamaya, Gujarati dan Sindhi memiliki sebilangan syarikat tekstil yang penting di Tanah Melayu. Orang Sikh biasanya bertugas sebagai polis atau pemgawal.

Selepas tahun 70-an, Pekerja estet kaum Tamil dan Telugu sudah mula berhijrah ke bandar akibat banyak ladang-ladang getah telah ditutup dan dimajukan untuk tujuan lain. Terdapat pekerja yang telah bekerja berpuluh-puluh tahun telah diberhentikan begitu sahaja dan tidak diberikan apa-apa pampasan.[8].

Pada 22 Ogos 2009, YB Dato Dr. S. Subramaniam, Menteri Sumber Manusia menyatakan bahawa kerajaan sedang mengambil langkah meningkatkan taraf hiidup pekerja ladang, terutamanya orang India yang berkerja di ladang.[9] Kerajaan nampak turut bersimpati dengan keadaan kaun India terutama sekali dalam bidang ekonomi, sosial serta pelajaran. Oleh kerana kerajaan menghargai dan mengiktiraf sumbangan kaum India terhadap asas ekonomi negara Fasa 1 (Getah sebelum 1975)dan Fasa kedua (Kelapa Sawit 1975 hingga 1990). Kerajaan sejak dulu lagi telah memberi banyak sokongan kepada kaum India Malaysia. Terdapat peruntukan RM1 juta pada tahun (2006) menerusi tabung bantuan pendidikan Pembangunan Insan Kemahiran Teknikal, bagi tujuan melatih belia-belia India yang gagal dalam pelajaran untuk mengikuti kursus jangka pendek di Kolej Industri dan Pendidikan Negeri Selangor (INPENS). Belia India bukan sahaja diberi latihan dalam bidang kemahiran teknikal, tetapi mereka juga diberikan bimbingan keagamaan setiap hari Jumaat oleh guru agama mereka. Selain itu wang saku juga diberi sebenyak RM100 sebulan. Selain itu, Kerajaan negeri Selangor turut mewujudkan Tabung Pendidikan Anak-anak Pekerja Estet negeri Selangor untuk membantu anak-anak ini melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi dikendalikan oleh Yayasan Selangor dengan peruntukan sebanyak RM1 juta setahun. Peruntukan sebanyak RM3 juta setahun juga diberikan untuk rumah ibadat bukan Islam termasuk kuil-kuil berdaftar. [10]

Kini, hampir 16% pekerja profesional di Malaysia terdiri daripada kaum India. Ini termasuk doktor (28.4%), peguam (26.8%), doktor gigi (21%), doktor veterinar (28.5%), jurutera (6.4%), akauntan (5.8%), juruukur (3.0%) dan arkitek (1.5%). Terdapat juga peningkatan jumlah perniagaan dalam masyarakat India. Kebanyakan golongan profesional terdiri daripada kaum Tamil Sri Lanka dan Kaum Malayalee. Manakala, kaum Sindhis, Gujaratis dan Punjab juga terlibat dalam perniagaan.[perlu rujukan]

Rujukan

WikiPedia: Orang_India_Malaysia http://www.atimes.com/se-asia/AH03Ae01.html http://books.google.com/books?id=cWmsQQ2smXIC&pg=P... http://malaysiahadari.wordpress.com/2007/11/25/hin... http://allmalaysia.info/msiaknow/ethnicity/indian_... http://books.google.com.my/books?id=-AdJrE5RDvYC&p... http://books.google.com.my/books?id=DWMHhfXxLaIC&p... http://books.google.com.my/books?id=xGZNGMTyjOMC&p... http://www.mohr.gov.my/index.php?option=com_conten... http://www.statistics.gov.my/portal/download_Popul... http://www.statistics.gov.my/portal/download_Popul...